Majlis Yassin dan Tazkirah Kanak-kanak


Tarikh :           14 Mei 2011  
Masa :             5.00pm – 9.30pm                                                                              
Tempat :           PD Room, Wolfson College

Pada 14 Mei 2011, Kelab telah mengadakan majlis Yassin dan tazkirah kanak-kanak di PD Room, Wolfson College.  Dianggarkan seramai 53 orang menghadirkan diri ke majlis, termasuk 5 orang pelajar perubatan dari Dublin, Ireland. Majlis dipengerusikan oleh Pengerusi, En. Badrul Hisham dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, Dato’ Seri Nazir Tun Razak


Majlis dimulakan dengan tazkirah kanak-kanak pada jam 5.30 petang higga 6.30 petang.  Tazkirah tersebut membawa tajuk “Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa” dan disampaikan oleh Uztaz Shamsul. Seterusnya, para hadirin menyempurnakan solat asar secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin serta doa selamat, diketuai oleh Dato’ Dr. Syeikh Afifi. Setelah selesai,  Dato’ Dr. Syeikh Afifi memberikan ucapan beliau dan diikuti oleh ucapan dari Dato’ Seri Nazir Tun Razak. Para hadirin diberi peluang untuk mengemukakan soalan mereka kepada Dato’ Seri ketika sesi soal jawab. 

Majlis Yassin ini juga menyambut majlis kesyukuran di atas pengurniaan darjah Dato' oleh Sultan Perak kepada Dr. Afifi al-akiti. Ini memberikan bukti bahawa warga pendidik juga mendapat penghargaan yang tinggi terhadap sumbangan mereka dalam mengharumkan nama negara Malaysia yang tercinta.


Pada jam 7.30 petang, tetamu dijemput untuk menjamah hidangan makan malam yang disediakan. Majlis kemudiannya bersurai pada jam 9.30pm.

Ustaz Shamsul bercerita mengenai tanggungjawab  terhadap ibu bapa kepada anak-anak



Solat Asar bersama-sama kariah Oxford



Nasyid memuji-muji kebesaran Illahi dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw

Kaum wanita khusyuk mendengar nasihat daripada Dato' Seri Nazir





Antara pelajar perubatan dari Dublin yang turut hadir ke majlis



Pengerusi mendengar kata-kata nasihat daripada Dato' Seri Nazir  



About the author

Admin
Lets connect ourself to the Malaysian community in Oxford. Bringing ourself closer and support each other, while enjoying life experience here. Make Oxford a place like home......

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 OxfordMalaysian and Blogger Themes.