Malaysian Pancake @Oxford


Majlis Yassin bulan May 2011 diserikan dengan kesudian pengusaha Apam Balik dari Malaysia yang membuka stall di Brick Lane hadir ke majlis dengan menyediakan Apam Balik on site iaitu di Summertown House. Ini merupakan julung kali diadakan Apam Balik Hot&Crispy on site, jika tidak kena pergi ke London. Semoga saudara Shahreil kita dimurahkan rezeki dan terima kasih di atas sumbangan yang amat besar terhadap warga Oxford, lebih-lebih lagi.

Boleh layari http://www.malaysianpancake.co.uk/ untuk mendapat maklumat terkini.



Dato' Dr. Afifi mengetuai bacaan Yassin bersama bilal jemputan saudara Firadus 



Malaysian Pancake Man bersama isteri sibuk menyediakan Apam Balik 



Antara warga Oxford yang hadir 


Sesi bergambar dgn businessman kita saudara Shahreil

Nazri & Shahreil 


 Dato' Dr. Afifi & Malaysian Pancake Man


Shahreil, Dato' & Pengerusi Kelab


0 comments:

Nottingham Malaysian Games 2011


Sedikit bingkisan menarik sepanjang penyertaan komuniti Oxford di Malaysian Nottingham Game 2011

0 comments:

Majlis Bersama Ustaz Amar-Atase Pendidikan


Aktiviti              : Tazkirah Ramadhan Bersama Ustaz Amar Sidque Mohd Amin
      (Atase Agama EM)
Tarikh                : 9  Julai 2011
Masa                  : 5 petang – 9 malam
Tempat              :Buttery Room- Wolfson College

Majlis bulanan Yassin untuk Julai diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ustaz Amar Sidque bersama isteri untuk menyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan. Aktiviti pada bulan ini adalah anjuran bersama KUMNOX dan Oxford University Malaysian Club(OUMC). Petang yang berbahagia dimulakan dengan ucapan terimakasih dan selamat datang daripada saudara Badrul selaku pergerusi Kumnox. Kemudian beliau menyerahkan majlis kepada Dato’ Dr. Afif untuk memperkenal Ustaz Amar kepada para hadirin. Ustaz Amar memulakan majlis dengan sesi berkenal-kenalan dengan para hadirin yang hadir sekitar 35 orang. Seterusnya beliau meneruskan majlis dengan mengajak hadirin menghayati Ramadhan yang bakal tiba dengan amalan serta penuh ketakwaan.

Selesai tazkirah, para hadirin mengerjakan solat Asar berjemaah sekitar jam 7petang dan diikuti dengan bacaan Yassin dan nasyid. Sebagai tanda penghargaan dari pihak penganjur, saudara Badrul memberikan cendahari kepada Ustaz Amar. Pada jam 8malam majlis diteruskan dengan para hadirin menjamu selera nasi briani sebagai menu utama yang disediakan oleh kelab bersama makanan lain yang dibuat secara pot luck. Majlis di akhiri dengan solat maghrib berjemaah sebelum bersurai.











0 comments:

BBQ @ Wolfson College


Aktiviti:          BBQ Tahunan
Tarikh:            28  Mei 2011
Masa:             12 tengahari – 6 petang
Tempat:          Wolfson College
Kehadiran:      Sekitar 120 orang


Sambutan BBQ merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Oxford bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia di Oxford serta komuniti keluarga di Oxford.

Seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan BBQ kali ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Pelbagai menu BBQ seperti kambing, ayam dan udang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, saudara Shahreil, yang merupakan usahawan Malaysia telah berbesar hati menyumbangkan apam balik untuk sambutan BBQ kali ini. 

Saudara Shahreil merupakan usahawan yang berjaya menubuhkan “The Malaysian Pancake Co.” yang mempunyai gerai apam balik di The Boiler House dan Sunday Upmarket di Brick Lane, London setiap hari Ahad. 

BBQ kali ini juga turut dimeriahkan dengan upacara sukaneka. Majlis turut disertai oleh Dato’ Dr. Sheikh Afifi.


















Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.....BBQ 2012

0 comments:

How to Apply VISA to UK-TIER4(Student)


N3 yang dipetik dari blog

http://raihanmusa.blogspot.com/search/label/how%20to%20apply%20UK%20VISA

Yg akan melanjutkan pelajaran ke Oxford Universiti pada Sept 2011.

Semoga ia menjadi pedoman utk memohon visa, walau apa pun sila rujuk kepada 

 http://www.ukvisas.gov.uk/en/howtoapply/infs/

 

Thanks Puan Raihan

 ******************************************
Saya cukup bersyukur kerana urusan VISA saya selesai, kecut perut juga menunggu keputusan dari UK embassy. Apa-apa pun urusan sudah selesai tinggal nak berangkat sahaja. Dah siap VISA terus roger-roger supervisor saya di sana. Beliau sangat cool and very friendly! Alhamdulillah.


Oh yer, bagi yang belum akan memohon VISA saya ada tips. Bagi saya, memohon VISA mudah sahaja cuma bab prepare document tu yang agak 'leceh'. Bagi yang pergi seorang mungkin simple jer, but kalau bawa family, itu yang mencabar. Apa-apa pun kami berjanji nak sehidup semati bersama and tempat isteri adalah disisi suami. So, perkara-perkara macam tu adalah small matter. Eceyh. Merapu pulak.


Jenis VISA yang perlu dimohon : Tier 4 (General)(Sponsored) Student

- Saya telah membuat kesilapan paling besar iaitu salah isi borang, saya pergi isi borang Tier 4(General) Student sebab dalam guideline university dok ulang-ulang Tier 4(general) sahaja. But semasa di Visa Application Centre, officer tu noticed kesilapan saya and tukarkan on the spot.


Next, ramai yang tertanya-tanya document apa yang perlu di bawa, semuanya dah tertera dalam CAS. So, refer pada CAS letter/email. Macam kes saya, saya tidak perlu submit apa-apa kecuali financial affidavit dari KPT. Tapi saya submit jer sebab sengaja. hehe. Cuma document untuk dependent(suami dan anak-anak) tidak tertera dalam CAS. So pepandai la google.
Jika Sabatical or attachment pihak sponsor akan bagi as TIER5, so sila isi borang utk TIER5. Pastikan apa yang kita dapat dari UK.

 


Saya ada sedikit panduan mengenai general document yang perlu di submit:


1. Unconditional Offer Letter

- Since mereka baru wujudkan sistem CAS, kebanyakan universiti hanya akan issuekan CAS number bila kita dah meet all the requirement such as english requirement and financial. Officer di Visa Application Centre cakap, tak effect pon kalau tak submit. So, tak wajib pon sumbit, nak submit pon boleh. Takder kene penalti pon. Submit jer la, perbanyakkan dokumen. =D


2. CAS email/letter

- Tak payah submit pon takper. Sebab dalam borang kita kene letak CAS number, dari situ orang embassy boleh access details kita. Tapi saya submit sebab nak memperbanyakkan dokumen. =D


3. IELTS results

- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide IELTS results, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D


4. Transcript Academic

- Ini bergantung pada CAS statement, kalau dalam CAS kene provide Academic Transcript, so submit la. DEPENDS on CAS. Macam kes saya, saya tak perlu submit tapi saya submit juga sebab nak perbanyakkan dokumen. =D


5. Financial Statement

- Atas sebab saya pergi under KPT, so saya just submit surat dari KPT yang berbahasa Inggeris. Ada seorang officer di KPT suruh saya hantar surat yang ada tandatangan untuk keselamatan. KPT kan hantar offer letter by pdf file without signature. So, request la kat KPT surat yang bertanda-tangan.


- For dependant (husband kesayangan serta anak), boleh refer di website VISA, kalau satu kepala cecah berbelas-belas ribu for outer London. Walaupon suami pun ditaja but mereka nak evidence yang kita ada back up money for spouse. Duit ni boleh atas nama suami or sesiapa yang berkaita but kene ada evidence of relationship. Lagi satu, kene request bank statement and bank letter yang menunjukkan akaun kita maintain jumlah tersebut lebih 28 hari etc. Kami request dari saham Felda (suami punya syer), but pegawai Felda tu gi buat surat bahasa melayu yang sangat simple and tak mematuhi syarat. Then, kami sendiri draftkan surat, diorang print atas head letter Felda and sign. Sonang. Lagi satu, kalo nak guna ASB pon boleh. Saving account boleh.



6. Translated relationship certificate

- Kene translatekan sijil nikah di mahkamah, kalau nak translate sendiri pon takper, jimat. Tapi saya spesies malas, saya minta translator di mahkamah translate kan. Kene charge sikit la. Kalau translate sendiri (saya boleh kasi template), then kena minta certified translator cop and sah kan. Surat beranak anak pun kene translate tau.


7. Appendix 8- Self Assessment

- Ini dalam bentuk Hard Copy. Print and isi elok-elok. Kalau ada masalah boleh contact saya: raihan0908@yahoo.com.


9. Hard Copy Online Application Form

- Lepas dah isi online, print borang online tu dan sign. Kena submit juga.


10. Previous pasport and current pasport

- Pasport dedulu yang dah expired pon hantar la. Current pasport pulak, make sure valid sampai habis belajar. Sebab mereka akan print 'entry clearance' dalam salah satu page dalam pasport kita sekarang. Macam saya, pasport expired lagi setahun, so saya tetap gi buat pasport baru yang valid sampai 5 tahun.

11. ATAS
- Ini hanya applicable untuk by research. Rasanya semua sedia maklum. ATAS dah approve baru boleh apply VISA.


(segala dokumen diatas perlu di photostat sahaja dan TAK PERLU pengesahan ketua kampung. hehe.)



(Lebih kurang beginilah 'entry clearance' yang akan diletakkan dalam pasport Malaysia anda)


11. Bank Draft

- Macam saya, saya request bank draft di Alliance Bank. Alliance Bank berdekatan dengan Visa Application Centre. Bawak siap-siap duit. RM 1301 per person.



12. Gambar Pasport

- Oh no, saya pakai tudung yang betul-betul melekap kat muka and take off cermin mata. (Untuk avoid shadow, depends la) . Lagi satu, background gambar kene warna krim or putih.



13. Book appointment online

- Now tengah peak season, so mereka tak kan simply kasi orang masuk sesuka hati ke sana. So, make sure buat appointment. The best time saya rasa adalah pukul 10 lebih. Sebab pagi tu gi Alliance Bank buat bank draf and terus apply VISA.



14. Senyuman

- Eheh. Bukan main pulak. Senyum, senyum, senyum. =)

15.Pejabat Permohonan Visa
Permohonan Visa itu dihantar di bangunan MCA. Parking banyak di bawah atau jika penuh parking di KLCC. Alamat:-

Suite 19.06 19 Floor, 
Wisma MCA, 
163 Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur



Bawa dokumen ORIGINAL dan PHOTOCOPIED. Submit bersama. Dont worry, bila VISA dah clear, mereka akan pulangkan balik. Lagi satu, kalau tak pasti dokumen apa yang perlu di submit, submit jer semua. Biar lebih jangan kurang. Tapi jangan pulak submit sijil maen hoki. huhu.



Saya harap ini membantu kalian, kalau ada tambahan atau pembetulan boleh lah email saya. Ada apa-apa pertanyaan or nak minta advice ker, boleh la email raihan0908@yahoo.com.


Semoga dengan bantuan ini, Allah akan membantu saya. InsyaALLAH. =D



Regards, 

Prof-Wanna-Be Raihan Musa





0 comments:

Halal Meat in Oxford


Untuk membeli Halal meat di Oxford boleh menyusuri Cowley Road yang merupakan jalan yang mempunyai banyak jaringan kedai-kedai yang menjual daging-daging halal untuk masakan. Berikut maklumat beberapa kedai yang selalu dikujungi oleh warga Malaysia di Oxford:-



Maroc Deli
(Depan masjid Bangladesh)
66 Cowley Road, 
Oxford, Oxfordshire OX4 1JB









 

Tahmid
(Sebelah masjid Bangladesh) 
53 Cowley Road
Oxford OX4 1HP
01865 203 202










Simply Fresh
236  Cowley Road
Oxford

Oxfordshire
OX4 1UH


 
Mirchi
381 Cowley Road
Oxford OX4 2BS
01865 236 264
Al-Ameen
216 Cowley Road,
Oxford,
OX4 1UQ,
United Kingdom


Insaallah, untuk mencari Halal meat di Oxford tidak menjadi masalah.Wassalam

2 comments:

Lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke Oxford


Majlis Lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Oxford pada 16 Mei 2011-Isnin.
 
Aturcara Majlis
15:30: Majlis Dialog Bersama Pelajar Oxford dan Cambridge di Hotel MacDonald Randolph
Kehadiran: Sekitar 190 orang
 
Majlis yang diadakan di Hotel Randolph Hotel ini dihadiri oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong berserta dengan tokoh-tokoh koperat seperti Tan Sri Dato’ Azman bin Hj. Mokhtar,  Dato' Sri Nazir Razak dan Datuk Seri Tony Fernandes.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan Datuk Zakaria Sulong selaku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom . Seterusnya YAB Datuk Seri Najib memulakan sesi dialog bersama pelajar-pelajar Oxford dan Cambridge  dengan menjelaskan bahawa pelan pembangunan negara untuk menuju negara maju di tahun 2020 memerlukan ramai tenaga mahir daripada pelbagai lapangan. Kerajaan akan mewujudkan High Value Job untuk memberi impak yang besar untuk menjadikan negara Malaysia sebagai High Income Nation.
 
YAB Datuk Seri juga menjelaskan program-program yang sedang dijalankan oleh kerajaan seperti Economy Transformation Programme (ETP) dan Government Transformation Programme (GTP) akan banyak memberi peluang pekerjaan  dan merupakan antara platform yang disediakan untuk menarik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara kembali ke tanahair.
 
Setelah ucapan YAB Perdana Menteri selesai, sesi soal jawab telah dibuka yang mana 5 soalan telah dikemukakan oleh para pelajar.
 
Program beramah mesra dengan pelajar ini berakhir sekitar jam 4.30ptg. YAB Perdana Menteri menuju ke majlis seterusnya iaitu Syarahan Perdana di Sheldonian. 

Ketibaan YAB Perdana Menteri di Randolph Hotel


Pelajar-pelajar dari Oxford






YAB Perdana Menteri bersalaman sebelum keluar



Dato' Seri Nazir turut serta dalam majlis



 Pelajar-pelajar dari Oxford


17:00:Sheldonian Theatre
Kehadiran: Sekitar 600 orang
 
Syarahan YAB Perdana Menteri bertajuk   ‘Kesederhanaan Dan Persefahaman Antara Tamadun’ dengan ditemani oleh Pengerusi Oxford Centre For Islamic Studies(OCIS) Dr Farhan Nizami bersama Yang Berbahagia Jack Straw di atas pentas ceramah.
 
YAB Datuk Seri menekankan bahawa ajaran agama Islam menganjurkan keamanan dan kasih sayang berdasarkan kepada firman Allah swt “Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka”
 
YAB Datuk Seri menegaskan  mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai  jika kita mampu membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku.
 
Oleh itu YAB Datuk Seri menyeru semua pihak yang menghargai kesederhanaan, maruah dan keadilan, tidak kira di mana jua mereka berada, perlu berdiri teguh dan dengan penuh bersemangat untuk menghapuskan golongan yang menganjurkan keganasan dan menafikan hak mereka yang berpendirian sederhana untuk memastikan kekecewaan, biar di mana jua ia dirasai, diberi perhatian, dan setiap pandangan yang disuarakan, didengari.
 
YAB Datuk Seri berkongsi pengalaman negara Malaysia yang telah merdeka 53 tahun dalam aspek mengurus masyarakat yang bersifat majmuk dengan mengamalkan integrasi. YAB Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Program Pembangunan Bangsa Bersatu kini mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi.
 
YAB Datuk Seri  secara tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan berdaya maju di bawah naungan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu.
 
YAB Datuk Seri menyatakan dalam kewangan Islam Malaysia juga peneraju di dunia dalam pengeluaran sukuk atau bon Islam dengan 60 peratus daripadanya berasal dari Malaysia. Beliau percaya kita patut melihat secara dekat mengenai bagaimana struktur kewangan Islam boleh membantu kemunculan ciri baru ekonomi global.
 
Akhir sekali YAB Datuk Seri mengambil contoh tokoh-tokoh yang mengamalkan kesederhanaan seperti Nabi Muhammad (SAW), Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan everend Martin Luther King Jr.
 
Setelah selesai syarahan, YAB Datuk Seri bersalaman dengan tetamu-tetamu kehormat sebelum meninggalkan Sheldonian Theatre sekitar 6.15petang.

 Ketibaan YAB Perdana Menteri








Antara para hadirin yang hadir mendengar syarahan YAB Datuk Seri Najib



Kami warga Malaysia di Oxford amat berbesar hati dengan kunjungan YAB Perdana Menteri ke Oxford dan berkesempatan bersama-sama dalam majlis bersama pelajar. 




0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 OxfordMalaysian and Blogger Themes.