Nottingham Malaysian Games 2011


Sedikit bingkisan menarik sepanjang penyertaan komuniti Oxford di Malaysian Nottingham Game 2011

0 comments:

Majlis Bersama Ustaz Amar-Atase Pendidikan


Aktiviti              : Tazkirah Ramadhan Bersama Ustaz Amar Sidque Mohd Amin
      (Atase Agama EM)
Tarikh                : 9  Julai 2011
Masa                  : 5 petang – 9 malam
Tempat              :Buttery Room- Wolfson College

Majlis bulanan Yassin untuk Julai diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Ustaz Amar Sidque bersama isteri untuk menyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan. Aktiviti pada bulan ini adalah anjuran bersama KUMNOX dan Oxford University Malaysian Club(OUMC). Petang yang berbahagia dimulakan dengan ucapan terimakasih dan selamat datang daripada saudara Badrul selaku pergerusi Kumnox. Kemudian beliau menyerahkan majlis kepada Dato’ Dr. Afif untuk memperkenal Ustaz Amar kepada para hadirin. Ustaz Amar memulakan majlis dengan sesi berkenal-kenalan dengan para hadirin yang hadir sekitar 35 orang. Seterusnya beliau meneruskan majlis dengan mengajak hadirin menghayati Ramadhan yang bakal tiba dengan amalan serta penuh ketakwaan.

Selesai tazkirah, para hadirin mengerjakan solat Asar berjemaah sekitar jam 7petang dan diikuti dengan bacaan Yassin dan nasyid. Sebagai tanda penghargaan dari pihak penganjur, saudara Badrul memberikan cendahari kepada Ustaz Amar. Pada jam 8malam majlis diteruskan dengan para hadirin menjamu selera nasi briani sebagai menu utama yang disediakan oleh kelab bersama makanan lain yang dibuat secara pot luck. Majlis di akhiri dengan solat maghrib berjemaah sebelum bersurai.











0 comments:

BBQ @ Wolfson College


Aktiviti:          BBQ Tahunan
Tarikh:            28  Mei 2011
Masa:             12 tengahari – 6 petang
Tempat:          Wolfson College
Kehadiran:      Sekitar 120 orang


Sambutan BBQ merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Oxford bagi merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Malaysia di Oxford serta komuniti keluarga di Oxford.

Seperti tahun-tahun yang lalu, sambutan BBQ kali ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan. Pelbagai menu BBQ seperti kambing, ayam dan udang disediakan oleh pihak penganjur. Selain daripada itu, saudara Shahreil, yang merupakan usahawan Malaysia telah berbesar hati menyumbangkan apam balik untuk sambutan BBQ kali ini. 

Saudara Shahreil merupakan usahawan yang berjaya menubuhkan “The Malaysian Pancake Co.” yang mempunyai gerai apam balik di The Boiler House dan Sunday Upmarket di Brick Lane, London setiap hari Ahad. 

BBQ kali ini juga turut dimeriahkan dengan upacara sukaneka. Majlis turut disertai oleh Dato’ Dr. Sheikh Afifi.


















Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.....BBQ 2012

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 OxfordMalaysian and Blogger Themes.