Lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke Oxford


Majlis Lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Oxford pada 16 Mei 2011-Isnin.
 
Aturcara Majlis
15:30: Majlis Dialog Bersama Pelajar Oxford dan Cambridge di Hotel MacDonald Randolph
Kehadiran: Sekitar 190 orang
 
Majlis yang diadakan di Hotel Randolph Hotel ini dihadiri oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong berserta dengan tokoh-tokoh koperat seperti Tan Sri Dato’ Azman bin Hj. Mokhtar,  Dato' Sri Nazir Razak dan Datuk Seri Tony Fernandes.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan Datuk Zakaria Sulong selaku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom . Seterusnya YAB Datuk Seri Najib memulakan sesi dialog bersama pelajar-pelajar Oxford dan Cambridge  dengan menjelaskan bahawa pelan pembangunan negara untuk menuju negara maju di tahun 2020 memerlukan ramai tenaga mahir daripada pelbagai lapangan. Kerajaan akan mewujudkan High Value Job untuk memberi impak yang besar untuk menjadikan negara Malaysia sebagai High Income Nation.
 
YAB Datuk Seri juga menjelaskan program-program yang sedang dijalankan oleh kerajaan seperti Economy Transformation Programme (ETP) dan Government Transformation Programme (GTP) akan banyak memberi peluang pekerjaan  dan merupakan antara platform yang disediakan untuk menarik rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara kembali ke tanahair.
 
Setelah ucapan YAB Perdana Menteri selesai, sesi soal jawab telah dibuka yang mana 5 soalan telah dikemukakan oleh para pelajar.
 
Program beramah mesra dengan pelajar ini berakhir sekitar jam 4.30ptg. YAB Perdana Menteri menuju ke majlis seterusnya iaitu Syarahan Perdana di Sheldonian. 

Ketibaan YAB Perdana Menteri di Randolph Hotel


Pelajar-pelajar dari Oxford






YAB Perdana Menteri bersalaman sebelum keluar



Dato' Seri Nazir turut serta dalam majlis



 Pelajar-pelajar dari Oxford


17:00:Sheldonian Theatre
Kehadiran: Sekitar 600 orang
 
Syarahan YAB Perdana Menteri bertajuk   ‘Kesederhanaan Dan Persefahaman Antara Tamadun’ dengan ditemani oleh Pengerusi Oxford Centre For Islamic Studies(OCIS) Dr Farhan Nizami bersama Yang Berbahagia Jack Straw di atas pentas ceramah.
 
YAB Datuk Seri menekankan bahawa ajaran agama Islam menganjurkan keamanan dan kasih sayang berdasarkan kepada firman Allah swt “Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka”
 
YAB Datuk Seri menegaskan  mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai  jika kita mampu membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku.
 
Oleh itu YAB Datuk Seri menyeru semua pihak yang menghargai kesederhanaan, maruah dan keadilan, tidak kira di mana jua mereka berada, perlu berdiri teguh dan dengan penuh bersemangat untuk menghapuskan golongan yang menganjurkan keganasan dan menafikan hak mereka yang berpendirian sederhana untuk memastikan kekecewaan, biar di mana jua ia dirasai, diberi perhatian, dan setiap pandangan yang disuarakan, didengari.
 
YAB Datuk Seri berkongsi pengalaman negara Malaysia yang telah merdeka 53 tahun dalam aspek mengurus masyarakat yang bersifat majmuk dengan mengamalkan integrasi. YAB Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Program Pembangunan Bangsa Bersatu kini mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang tinggi.
 
YAB Datuk Seri  secara tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan berdaya maju di bawah naungan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu.
 
YAB Datuk Seri menyatakan dalam kewangan Islam Malaysia juga peneraju di dunia dalam pengeluaran sukuk atau bon Islam dengan 60 peratus daripadanya berasal dari Malaysia. Beliau percaya kita patut melihat secara dekat mengenai bagaimana struktur kewangan Islam boleh membantu kemunculan ciri baru ekonomi global.
 
Akhir sekali YAB Datuk Seri mengambil contoh tokoh-tokoh yang mengamalkan kesederhanaan seperti Nabi Muhammad (SAW), Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan everend Martin Luther King Jr.
 
Setelah selesai syarahan, YAB Datuk Seri bersalaman dengan tetamu-tetamu kehormat sebelum meninggalkan Sheldonian Theatre sekitar 6.15petang.

 Ketibaan YAB Perdana Menteri








Antara para hadirin yang hadir mendengar syarahan YAB Datuk Seri Najib



Kami warga Malaysia di Oxford amat berbesar hati dengan kunjungan YAB Perdana Menteri ke Oxford dan berkesempatan bersama-sama dalam majlis bersama pelajar. 




About the author

Admin
Lets connect ourself to the Malaysian community in Oxford. Bringing ourself closer and support each other, while enjoying life experience here. Make Oxford a place like home......

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 OxfordMalaysian and Blogger Themes.