MAKLUMAT PENGURUSAN JENAZAH DI UK & IRELAND


KEMATIAN DI UNITED KINGDOM & IRELAND DAN SYARAT-SYARAT MEMBAWA JENAZAH PULANG KE MALAYSIA.

Untuk maklumat warga Oxford secara khususnya, jika terdapat kematian warganegara Malaysia, sama ada seorang pelajar, pekerja atau sesiapa sahaja, jenazah itu perlu dihantar pulang ke Malaysia dengan syarat-syarat berikut:

Pendaftaran

Undang-undang di UK & Eire memerlukan pendaftaran dalam jangka masa 5 hari. Pendaftaran mesti dilakukan di tempat kawasan ia meninggal dunia. Pelapor diperlukan hadir di Pejabat Pendaftaran Kelahiran  & Kematian (Registrar of Birth & Death) di kawasan itu.

Waktu Pejabat:
Isnin-Jumaat : 9.30pagi-12.30tghari dan 2.00ptg-4.00 ptg
Sabtu: 9.30pagi-12.30tghari

Pelapor tidak diperlukan untuk membuat temu janji, tetapi dinasihatkan berhubung melalui telefon.

Apakah Yang Diperlukan Untuk Mendaftar?

1. Sijil Kematian
2. Nama penuh si Mati, alamat Kediaman, tarikh dan tempat lahir.
3. Nama Pelapor, alamat kediaman dan pekerjaan pelapor (biasanya Pelapor hendaklah waris si Mati/ Orang yg berada di tempat kematian/Undertaker)
4. Pendaftar akan mengeluarkan SIJIL PENGKEBUMIAN kepada pelapor. Dengan sijil ini pihak Funeral Service/Undertaker boleh mengebumikan mayat tersebut. Pendaftar juga akan mengeluarkan  BORANG BD 8-Notification of Registrar of Death.

Dua borang ioni dikeluarkan dengan PERCUMA. Salinan borang-borang ini boleh juga didapati dengan bayaran minima. Borang ini amat perlu jika mayat itu hendak dibawa keluar dari negara ini.

DALAM KEADAAN TERTENTU :

1. Doktor tidak dapat mengeluarkan sijil kematian. Sebaliknya pihak CORONER akan mengeluarkannya. Ini disebabkan doktor tidak dapat menentukan atau mengesahkan sebab-sebab kematian. \dalam hal ini, CORONER akan menentukan  sama ada pemeriksaan bedah siasat (post mortem) diperlukan. Jika bedah siasat ini diwajibkan oleh CORONER maka ianya akan dijalankan sama ada pihak waris/keluarga memerlukannya atau tidak. Coroner sendiri akan mengeluarkan Borang Pengesahan Coroner kepada Pendaftar supaya Sijil Kematian dapat dikeluarkan. Pihak Coroner akan menghubungi waris/keluarga/wakil supaya datang mengambil sijil tersebut.

2.BEDAH SIASAT(Post Mortem)

Doktor selalunya akan mendapatkan kebenaran waris/keluarga sebelum bedah siasat dapat dijalankan, bukan dengan sebab undag-undang (kecuali kematian dalam keadaan tertentu) tetapi sekadar untuk menentukan sebab-sebab kematian, sama ada untuk mengetahui lebih lanjut sebab-sebab kematian atau untuk mendapatkan pengetahuan lanjut ilmu perubatan dan kedoktoran. Selalunya doktor akan berbincang dengan waris si Mati. Borang kebenaran juga akan diperlukan dari pihak waris si Mati. Ianya tidak akan menjejaskan masa mengeluarkan sijil mati.

3. KEMATIAN BAYI BARU LAHIR

Jika bayi telah dilahirkan tetapi belum didaftarkan ia mati, maka pendaftaran beranak & mati boleh didaftarkan bersama. Adalah memadai si Bapa atau si Ibu yang diperlukan untuk datang ke pejabat Pendaftar.

4. PENGKEBUMIAN DI LUAR UNITED KINGDOM

Pihak Funeral Services/Undertaker boleh menguruskan segala-galanya bagi pihak waris si Mati jika diperlukan. Jika mayat diperlukan untuk dibawa ke MALAYSIA, maka diperlukan pihak MAS CARGO di negara ini. MAS CARGO akan memberitahu syarat-syarat lanjut tentang pembawaan mayat seperti :

->Sealed Air Tight Casket (Keranda Kedap Udara Tertutup)
->Certificate of Embalming (Sijil Lapisan Awet)
->2 Salinan Sijil Kematian
->2Salinan Muka depan Passport
-> Sijil Coroner
-> Sijil Pengecualian Penyakit Awam
->Surat Out of United Kingdom

5. PERHUBUNGAN

Keterangan lanjut untuk syarat-syarat penerbangan boleh didapati dari MAS CARGO
No. Telefon: 0208 7070

Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia United Kingdom/Kedutaan Besar Malaysia Ireland hendaklah dihubungi secepat mungkin bagi memudahkan penyempurnaan kematian. Bagi jenazah orang Islam Atase Pendidikan(Agama) di Jabatan Penuntut Malaysia United Kingdom hendaklah dimaklumkan.

Alamat boleh dihubungi untuk penyelengaraan jenazah orang Islam di :

Imam
Central Oxford Mosque
Manzil Way
Oxford OX4 1DJ

Tel: 01865 245547

Proses sepintas lalu :
>>Dapatkan surat pengesahan kematian daripada pihak hospital, bawa surat tersebut untuk didaftarkan di pejabat pendaftaran kelahiran & kematian serta dapatkan sijil pengesahan kematian,menghubungi dan melantik Director of Funeral.

About the author

Admin
Lets connect ourself to the Malaysian community in Oxford. Bringing ourself closer and support each other, while enjoying life experience here. Make Oxford a place like home......

0 comments:

Template by Clairvo Yance
Copyright © 2012 OxfordMalaysian and Blogger Themes.